Dasar Privasi Aplikasi
DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH JIM
Aplikasi Mudah Alih JIM yang merangkumi Perkhidmatan merekod maklumat demografik dan data awal pengembara yang ingin memasuki Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi NIISe”), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh JIM kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi NIISe ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
MAKLUMAT PERIBADI
Aplikasi NIISe ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Aplikasi NIISe ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
- Nama pengguna
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Nombor Dokumen
- E-mel
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
DATA BIOMETRIK WAJAH
- Jenis Data Wajah yang Dikumpul
Aplikasi ini mungkin menangkap dan memproses imej wajah dan templat biometrik yang dijana untuk tujuan pengesahan identiti dan pengesahan pengguna. - Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan
Data biometrik wajah digunakan secara eksklusif untuk:- Pengesahan identiti semasa pendaftaran akaun atau akses ke perkhidmatan terhad;
- Pencegahan penyamaran atau penipuan identiti;
- Pematuhan terhadap keperluan imigresen, keselamatan negara atau peraturan lain.
- Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Data biometrik wajah tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga, kecuali:- Apabila dikehendaki oleh undang-undang (contohnya, agensi penguatkuasaan);
- Kepada vendor teknologi yang dilantik secara sah di bawah perjanjian perlindungan data dan kerahsiaan, untuk tujuan pemprosesan data biometrik bagi pihak JIM.
- Penyimpanan dan Perlindungan Data
Data biometrik wajah disimpan dalam pangkalan data yang selamat dan disulitkan, dan dihoskan di dalam Malaysia selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akses hanya dibenarkan kepada kakitangan yang diberi kuasa. - Tempoh Penyimpanan
Data biometrik wajah disimpan hanya selama mana yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan. Setelah tidak diperlukan, data akan dihapuskan secara selamat atau dinyahidentiti. - Persetujuan Pengguna
Proses penangkapan dan pemprosesan data biometrik wajah hanya dilakukan dengan persetujuan nyata daripada pengguna semasa perkhidmatan berkaitan. Pengguna boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa, tertakluk kepada kesan ke atas penggunaan perkhidmatan.
KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
KERAHSIAAN
Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi NIISe ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.
Privacy Policy for the Application
JIM MOBILE APPLICATION PRIVACY POLICY
The JIM Mobile Application, which includes services for recording demographic data and preliminary traveller information for those entering Malaysia (hereinafter referred to as the “NIISe Application”), is developed for the general public (hereinafter referred to as the “User”) to facilitate access to online services provided by JIM through smartphones. The NIISe Application can be downloaded from the Google Play Store and Apple App Store. The Government ensures that the personal data collected is in line with the provisions of the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
PERSONAL INFORMATION
The NIISe Application will not record personal data unless with the user’s consent and provided voluntarily. This information is not shared with other organisations for other purposes unless explicitly stated.
DATA COLLECTED
The NIISe Application collects data submitted with the user’s consent and voluntarily during the application registration process to access the system.
The personal data collected includes:
- User’s name
- Identification number
- Phone number
- Document number
- Email address
The personal data collected will not be used for any purpose other than what is mentioned above.
The collected personal data will not be disclosed to any third party or transferred outside Malaysia for commercial purposes.
FACIAL BIOMETRIC DATA
- Types of Face Data Collected
The application may capture and process facial images and biometric templates generated for identity verification and authentication purposes. - Purpose of Collection and Use
Facial biometric data is used exclusively for:- Identity verification during account registration or access to restricted services;
- Prevention of impersonation or identity fraud;
- Compliance with immigration, national security, or other regulatory requirements.
- Disclosure to Third Parties
Facial biometric data will not be shared with third parties, except:- When required by law (e.g., enforcement agencies);
- With authorised technology vendors engaged under data protection and confidentiality agreements, solely for processing biometric data on behalf of JIM.
- Data Storage and Protection
Facial biometric data is stored in secure and encrypted databases, hosted within Malaysia in compliance with the Personal Data Protection Act 2010. Access is strictly limited to authorised personnel. - Retention Period
Facial biometric data is retained only as long as necessary to fulfil its stated purposes. Once no longer required, the data will be securely deleted or anonymised. - User Consent
The capture and processing of facial biometric data are conducted only with the explicit consent of the user during relevant services. Users may withdraw consent at any time, subject to the impact on service usage.
CONSEQUENCES OF NOT PROVIDING PERSONAL DATA
Failure to provide sufficient or satisfactory personal data may result in the user’s application or request being denied or the services offered by the Application being inaccessible or affected.
CONFIDENTIALITY
All personal data collected through the Application will be kept confidential according to this Privacy Policy and subject to applicable laws that may be enforced from time to time.
DATA SECURITY
The NIISe Application incorporates security features that comply with global standards to protect the confidentiality and integrity of user information.
CHANGES TO THE PRIVACY POLICY
If this privacy policy is amended, the changes will be updated on this page.